19 Julai 2014

KURSUS TUNAS BISTARI 2014: KURSUS BLOGGER

Pada 20 Julai 2014 bertempat di SMK Agama Johor Bahru (SMKAJB), kami telah menghadiri Kursus Blogger yang dianjurkan oleh Bistari Young Enrepreneur Sdn. Bhd. dengan kerjasama Pertubuhan Alumni BISTARI Johor. Penceramah pada hari tersebut ialah Cik Fajrul Muna Binti Yahaya yang juga merupakan Timbalan Pengerusi Pertubuhan Alumni Bistari Johor. Beliau banyak memberi tunjuk ajar dalam proses pembuatan blog. 

Kursus ini sangat berguna buat syarikat kami kerana mendedahkan cara-cara mendaftar blog hingga menghias blog untuk dijadikan tatapan para pelanggan. Dengan pengetahuan baharu yang kami peroleh, kami dapat menambahbaikkan blog kami untuk menarik lebih ramai pelanggan untuk mendapatkan produk dan perkhidmatan daripada syarikat kami.

Berikut merupakan gambar-gambar sepanjang program tersebut berlangsung:

 Encik Muhammad Nabil (Guru Pembimbing Dynamic Square & Alumni BISTARI) berbincang bersama Cik Fajrul Muna (Timbalan Pengerusi Pertubuhan Alumni BISTARI Johor)

Cik Fajrul Muna memberikan tunjuk ajar kepada ahli-ahli syarikat yang menghadiri kursus tersebut.


Selain ahli-ahli syarikat Dynamic Square Sdn. Bhd.(Tunas BISTARI SMKTD), berikut merupakan pelajar-pelajar Tunas BISTARI 2014 dari sekolah-sekolah sekitar:

1) SMK Dato' Penggawa Timur
2) SMK Permas Jaya 3
3) SMK Permas Jaya 2
4) SMK Puteri Wangsa
5) SMK Taman Johor Jaya 2
6) SMK Taman Kota Masai
7) SMK Permas Jaya
8) SMK Agama Johor
9) SMK Pasir Gudang




Tiada ulasan: