25 April 2013

AKTIVITI BULAN 4: SESI PERKONGSIAN PENGALAMAN




Pada 24 April 2013 yang lalu, ahli ahli syarikat Dynamic Square Sdn Bhd telah mengadakan lawatan ke Pejabat Pesuruhjaya Sumpah di Larkin Perdana Johor Bahru untuk sesi perkongsian pengalaman bersama Puan Hajah Husniah yang mempunyai pengalaman sebagai Setiausaha Korporat untuk Syarikat Syarikat Sdn Bhd selama 30 tahun. Pengalaman beliau yang banyak melibatkan perundangan dalam sistem perniagaan selama 25 tahun di bawah Kuok Brothers Group serta Syarikat Pelangi Berhad telah mendorong beliau menjadi Pesuruhjaya Sumpah yang bertauliah.