Selamat Datang ke blog rasmi syarikat kami.
Syukur kehadrat illahi dengan rahmat dan izinnya, maka wujudlah kelab tunas bistari SMK Taman Daya 2 yang didaftarkan pada 31 Januari 2013 dan mula berfungsi pada 1 Februari 2013.
Dengan wujudnya blog ini, diharapkan dapat memberi rangsangan kepada semua ahli-ahli lembaga pengarah serta ahli-ahli syarikat untuk meningkatkan pengetahuan serta potensi diri dalam dunia perniagaan khususnya.
Bagi para pelanggan yang dihormati, syarikat amat mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke blog kami ini. Kami mengharapkan agar blog ini dapat membantu anda mengenali syarikat kami serta membeli produk atau perkhidmatan yang ditawarkan dengan lebih berkesan.
Kami amat menghargai sokongan anda semua.
Terima Kasih.
Yang Benar,
Muhammad Solehan bin Zakaria
Ketua Eksekutif